Like this spot?Advertise with us now! Call +60378045484

Charity Motorsport Day & Kedah Drift Challenge Pusingan-3


Pasaraya Econsave sangat sinonim dengan kegiatan kebajikan yang sering dijalankan sepanjang tahun. Bagi merasai kelainan program kebajikan kali ini, satu sukan bermotor yang berkonsepkan kebajikan telah di atur bersama Gabungan Kelab Kereta Negeri Kedah (GKKnK), Pro Spec Motorsport, BASP Garage, Pejabat belia Daerah, Majlis Belia Daerah Kuala Muda, Koperasi Pembela, Belia 4B Merbok, Majlis Pembandaran Sungai Petani telah mengadakan ‘Charity Motorsport Day’ yang bertempat di Pasaraya Econsave Bandar Puteri Jaya Sungai Petani pada 26 & 27 Disember 2016 bagi mengumpul dana buat adik Nur Alia berumur 1 tahun 11 bulan yang mengidap kanser jantung tahap 2 memerlukan dana sebanyak RM100,000.00 untuk kos rawatan beliau.

_DSC0307

Kedah Drift Challenge pusingan ke-3 merupakan program kemuncak dengan kehadiran drifter-drifter yang datang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang , Perak dan peserta dari luar negara Australia. Juri professional Loyai Hanizam (Suzuka) yang didatang khas dari Kuala Lumpur telah menambahkan lagi kehangatan Kedah Drift Challenge pusingan ke-3 kali ini. Disamping itu juga, aktiviti pemotoran lain seperti audio show, street cub, dan RC Drift turut diatur bagi melengkapkan Charity Motorsport Day 2015.

_DSC0573

Pihak pengajur mengucapkan terima kasih kepada penaja-penaja seperti Pasaraya Econsave, Suzuka Engine Oil dan Zokusha Sticker dan K elab-kelab drift yang mengambil bahagian seperti Kedah Motorsport Club (KMSC), Pro Spec Motorsport, BASP Garage, Pendang Drift, Alor Star Drift, Akina Tyre Kulim, Alor Star Drift Team, Perlis Drift Team, SP Drift Team, Teluk Wang Drift (TWD), Baling Olskool (BOS) D’tech Conversion, RMD Garage, KSZ Garage,dan lain-lain. Juga sekalung penghargaan kepada crew-crew Daus Saito, Shamsuri, Ilya Izzani, Panjang, Mirul, Shima, Choy, Crew GKKnK dan Marshall BASP Garage serta yang terlibat secara lansung mahu pun tidak lansung.
Senarai pemenang Kedah Drift Challenge Pusingan-3

Kategori Expert
1st Solehin Mansiz (AE86 Coupe) Manjung Drift
2nd Zul Naza (AE86) KMSC
3rd Aky JV (AE86) KMSC
4th Pak Ya (AE86)

Kategori Novice
1st Rosly Ayob (LANCER 14) SP Drift
2nd Pak Ya (AE86)
3rd Haikal (200SX) Akina Tyre Kulim
4th Mael Lambung (KE70) D’Tech Conversion

Best Qualifying
Solehin Mansiz(AE86 Coupe) Manjung Drift

Drifter Harapan
Pak Ya (AE86)

Text : Arahman Crew GKKnK                Foto : Khyroll Azham | Muslihat FotoNgrafik | Oren Kaler